Selasa, 22 Disember 2015

SUKA BUDAK-BUDAK DAPAT BAGI MAKAN RUSA

Punya la seronok anak-anak kami dapat bagi makan rusa, bukan tu aje, mereka juga dapat bermain dengan burung-burung. Korang nak tahu tak kat mana kami pergi.
Semeliang Agro Farm, Kuala Nerang, Kedah. Menginap di ladang rusa. Piewwwww....meme jauh tempat ni weh.

Hari tu ada kerja sikit kat sana. Mula tu cemas gak sebab cari tempat penginapan memang susah sana. Ada tapi tak banyak pilihan, yang paling hampir pun Alor Star, 40 km dari Kuala Nerang. Mmmmm...memang tak la kalau nak duk Alor Star, jadi kami pun cari la dalam google kut2 jumpa.
Cari punya cari, jumpa la tempat ni, mula tu risau gak sbb tak pernah sampai tempat ni.

Memang berbaloi tempat ni, sebab memang suasana kampung, masa kami di sana, waktu pagi penuh dengan kabus...lagipun tempat ni tak jauh dari pekan Kuala Nerang. Lebih kurang 3km je. Jadi nak makan senang la.....






Bagus isyaratnya.....kita masuk pagar je nampak papan tanda ni....


Kg Semeliang ni dek kerana ada ternakan rusa, depa pun letak la kg ternakan rusa....

Seronok katanya......tapi penakut.....huhhhhh!!!!!



Pemilik ni minat kayu jati....jadi kebanyakkan pondok, surau di buat dengan kayu jati.......santekkkkkkkk!!!!

Ni rumah panjang.....heheheee memang tak ler....ni lah beberapa bilik yang disediakan pemilik untuk di sewa.

Pix atas snap dari pondok, Pix bawah kiri tu belah depan bilik sewa dan pix bawah kanan, dari dalam bilik kami yang bersebelahan kebun getah......eeehihihihihihiiiiiiiii....



Atas bilik kami, bawah dorm yang memuatkan 5 katil single.... yang mana bawak kaum tu boleh ler amik dorm....

Ada burung gak.....tapi aku tak paham kenapa anak pompuan aku tengkok burung sambil tangan atas kepala......



Yang ni paling jinak.....nak makan menyuap jer kejenya.....




Contact No:
04-786 0639, 019-404 0580, 017-559 1720
Email : hbkberkatrading@gmail.com
FB : HBK Berkat Trading.


KLIK sini kalau nak pergi

Isnin, 14 Disember 2015

Restoran Mamak Di Genting Highland

Kepada sesiapa yang bercuti ke Genting Highland kalau terasa nak makan roti canai dan teh tarik mamak, korang boleh cari kat sana ada dua kedai mamak yang meniaga kat atas sana dengan harga yang sama kat kedai mamak kat tempat-tempat lain.

Kat atas sana biasa lah harga makanan memang cekik darahkan, lagipun nak cari makanan yang halal susah sikit.

Jadi apa lagi bila tahu ada kedai mamak yang jual dengan harga biasa, terus je cari kedai tu.

Untuk pengetahuan korang semua, kedai mamak ni memang susah nak cari sebab tersorok dari pandangan orang ramai. Satu ada di Hotel Theme Park satu lagi ada di ruang parking kereta bawah stesen Skyway.

Kalau korang nak pergi yang belah Theme Park Hotel korang kena pegi belah belakang hotel, jumpa tangga dan turun ke bawah, nanti jumpa pintu belah kiri. masuk situ nanti jumpa tempat staff berdobi pakaian, kedai tu sebelah jer. kalau tak tahu tanya polis bantuan situ, sbb kami tanya polis bantuan hari tu masa mencari. Kalau belah Skyway, korang cari stesen Skyway kat sana dan cari lift kat stesen tu, pergi ke tingkat 2, sampai sana boleh terus ke kedai mamak. Kalau tak tahu tanya polis bantuan gak. (yang kat Skyway ni kami tak pernah pergi, arah ni berpandukan oleh polis bantuan yang kami tanya).


Roti canai kami borong, ada bermacam makanan lagi, korang oder je. Biasala kedai mamak ni macam-macam ada.


Ngeh!!!!!!!......jangan lupa tapau air....

SELAMAT MENCARI YA SEMUA


Sabtu, 12 Disember 2015

Lexis Hibiscus PD

Alhamdulillah rezeki Allah Taala limpahkan pada kami sekeluarga tahun ni, dapat la jejak kaki ke tempat peranginan ni. Memang cantik habaq hang, padan la dengan harga sewa bilik. Untuk pengetahuan korang seme, Lexis Hibiscus ni adalah adik beradik dengan Grand Lexis yang juga terdapat di PD, Cuma yang ni menarik sikit kerana rekaan tempat ni kalau dilihat dari atas berbentuk sekuntum Bunga Raya (Hibiscus).

Kalau korang ada bajet lebih boleh la datang sini bawak anak beranak.


Pandangan dari atas....cantikkan?..bertuah kalau aku amik sendiri gambar ni...(Pic LHibiscus)

Ni kira logo hotel la...
 
Ni amik dari dalam waktu pagi...kebetulan bilik kami menghadap matahari naik.....
 
Ni pun waktu pagi masa matahari naik...Omel ngat!!!!!!
 
Pemandangan chalet atas laut dari tingkat 8 bangunan utama waktu siang....huhhh!!!!meme cantik...Korang mandi bogel boleh nampak dari sini, kikikiii....
 
Ni pulak pemandangan chalet atas laut dari tingkat 8 bangunan utama waktu malam....lagi santekkkkkkk!!!!!



Jalan menghala ke bangunan utama....kiranya ni kat batang bunga la kalau dari atas...
 
 
Ni deretan bilik tunggu korang check in...
 
 
Setiap bilik ada kolam mandi....macam balang ikan plak....

 
Basikal untuk korang sewa sebagai riadah...RM10 1/2jam...
 
Nak mandi pantai pun boleh...ada Banana boat lagi....
 
 
Bilik dua katil kelamin dan dua sofa.....

Nombor bilik kami

Yabedabeduuuuuuuuu!!kolam Grand Lexis lagi besar...


Sambil mandi leh sauna....!!!!!

Macam Grand Lexis lantai tembus ke bawah tengok jerung....heheheee.....

Setiap bilik dapat complimentary ni dan juga segala macam air yang ada dalam peti sejuk mini, free nak minum....ok la.....

Kalau korang rasa nak perabih duit bercuti kat sini, mai la......

12th mile, Jalan Pantai,
71250 Pasir Panjang, Negeri Smbilan,
Malaysia.

Tel: +606-6602626





 
 
 

Selasa, 8 Disember 2015

Grand Lexis PD

Tempat ni memang terbaik, tapi harga pun memang terbaik la kan?. Hotel/resort ni bertaraf 5 bintang yang mana setiap bilik disediakan kolam mandi peribadi.

Memang seronok la budak-budak berendam kolam, asal nak mandi jer terjun, tak kacau orang lain. bilik memang luas. Cuma kalau sapa dapat bilik yang jauh dari darat tu penat la nak menapak. Tapi jangan risau sebab pihak hotel/resort ada sediakan kereta buggy untuk perjalan ke bilik yang jauh.




Ni view hotel waktu malam...cantik tak? macam hadoooo....gelap
 
Ni masing2 jakon ngadap lantai yang boleh tembus tengok laut...mak bapak pun jakon..heheee


Syyyyy!!..jangan ganggu anak kami nak buat bising mandi kolam.....konon...


Seronok beronok laaa.......


Cecececeeeehhhhh....gituu...


Ni ruang dapur dan ruang persalinan...


Dua katil kembar kami punya.......


Ya ya sabarrrrrrrr........


Pemandangan kolam berlatar belakangkan resort........(pix Glexis)


Antara deretan resort yang tunggu korang perabih duit kat sini.....(pic Glexis)


 Ok selamat bercuti korang seme.........

Arah tuju ke resort klik sini

Ni websitenya