Rabu, 24 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 4)

1) AWO-AWO = SIKIT- SIKIT, LEBIH KURANG (Panas awo-awo)

Contoh ayat Klate = Aircond dale bilik ni ghaso awo-awo jah, guano heh?
Keterangan = Aircond dalam bilik ni rasa lebih kurang je, kenapa ek?

2) Bekwoh = Kenduri (Pergi bekwoh)

Contoh ayat Klate = Kawe anok beranok gi bekwoh takdi.
Keterangan = Saya dan keluarga pergi kenduri tadi.

3) Talla = Tertangguh (kerja tak talla)

Contoh ayat klate = Khijo kawe tok ajin talla.
Keterangan= Kerja aku tak pernah tertangguh.

4) Pekdoh = Faedah (tiada pekdoh)

Contoh ayat Klate = Budok-budok tu duk mlepok tak dok pekdoh sunggoh
Keterangan = Budak-budak tu melepak tiada faedah langsung.

5) Stemek = Setakat, Limit, tetapkan (dia stemek)

Contoh ayat Klate= Dio stemek rm250 jah duit.
Keterangan= Dia tetapkan RM250 jer duit.

Ahad, 21 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 3)

1) TOK = TAK

2) BULEH = BOLEH

3) GHAPO = APA DIA

4) NOK = NAK

5) HOK NI = YANG NI

6) HOK TU = YANG TU

7) KEMAH = KEMAS

8) DOK = TAK

9) MANO = MANA

10) GI MANO = PERGI MANA

11) KAWE = AKU, SAYA

12) DIO = DIA

13) DEMO = MU, KAU, ENGKAU

14) COMEY = COMEL

15) KATOK = KETUK

Sabtu, 20 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 2)

1). TOK WI = TAK BAGI (dah mintak tapi tok wi)

Contoh ayat klate = Kawe mintok doh tapi dio tok wi
Keterangan = Aku dah minta tapi dia tak bagi

2). TOK LEH = TAK BOLEH (Tok leh buat)

Contoh ayat klate= Kawe tra buak doh tapi tok leh
Keterangan= Aku dah cuba buat tapi tak boleh

3) TOK SEY = TAK MAHU, TAK NAK (dah bagi tapi tok sey)

Contoh ayat klate= Kawe bui doh tapi dio tok sey
Keterangan= Aku dah bagi tapi dia tak mahu.

4) GETEK atau ETEK = JUGA, JUGAK (Nak getek)

Contoh ayat klate= Kawe nok getek
Keterangan= Aku nak juga

5) TIOK = MENANGIS (kenapa asyik tiok je)

Contoh ayat klate= Bakpo duk tiok sokmo budok nih.
Keterangan= Kenapa asyik menangis je budak ni

Jumaat, 19 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KELATE (PART 1)

1) KUKAH-KUKAH = Tahu-tahu, perbuatan, merujuk kepada tingkah laku.

Contoh ayat Klate= Kukah-kukah duk atah pokok.
Keterangan = Tahu-tahu je naik atas pokok.

Contohdari segi perbuatan dalam ayat Klate= Kukah-kukah tok dok diye.
Keterangan= Seseorang itu tidak berada dalam keadaan selesa dari segi tingkah laku.

2) Mugo= Merujuk kepada binatang yang tidak di ketahui nama,

Contoh ayat Klate= Keno makey Mugo. (dimakan oleh mugo)
Keterangan = Dimakan oleh binatang, tetapi nama binatang itu tidak di ketahui.

3) Tok Ketek= Senyap sunyi.

Contoh ayat Klate= Guano demo senyak tok ketek (kenapa senyap tok ketek)
Keterangan= Pertanyaan dari anda kepada kawan anda ' kenapa engkau senyap sunyi'

Selasa, 16 Februari 2010

Zaman dulu2 ikbn peretak 1/97







Hohohooooo....ni gambar2 aku masa belajar kat IKBN Peretak Kuala Kubu Baru 1/97. masa ni kalau tak salah kami pergi rombongan ke melaka........Muda sehhhhhh.......

13,14 dan 15 (PD)

Tarikh Raya Cina tu, aku pegi bercuti bersama keluarga belah Johor ke Tiara Beach Resort PD, ok la.....tapi dah masuk dua kali...tahun lepas pun kat situ....sabar jer aku....depa suka betul p sana....aku ikut jerlah...aku tak kesah pun, pesalahnya setahun sekali..

Ahad, 7 Februari 2010

RUMAH REHAT DI KOTA BHARU











Kalau ada siapa yang ingin melancong ke, ada urusan ker...apa2 lah.....boleh lah menyewa di rumah kakak aku nie.....selesa weh.....7 ke 10 minit ke kb dan airport, .....Call -019-9128146 (Abg Lie)

Sabtu, 6 Februari 2010

Salam Perkenalan....


Matpen adalah satu nama yang unik....Matpen adalah satu gabungan nama ku yang asal iaitu Mat Apendi.
Dari situ rakan taulan memanggil nama ku Matpen dan aku tak kesah pun.
Walaupun nama ku sekarang Muhammad Afendi aku sedikit pun tak kesah dengan panggilan Matpen.
Thank u Ayah.....