Selasa, 2 Jun 2015

Rumah Rehat Tapah Nineteen 81


Kalau korang ke Tapah Perak, lokasi yang sesuai untuk korang menginap disana adalah rumah rehat ni, kedudukannya yang terletak di atas bukit memang menarik. Keadaan bilik-biliknya yang selesa dan juga restorannya menyediakan makanan yang sedap dan harga memang berpatutan... jadi tempat ni memang kami syorkan untuk korang singgah dan rehat.





Ni pandangan hadapan bagunan utama yang menempatkan loby



Ni bilik family yang kami duduk..memang luas..


Ni kat restoran bersebelahan loby...pergh!!!! tengok nasi goreng udang galah...siap ada menu sarapan pagi 1 Malaysia lagi...terus terang la cakap, harga kat restoran ni memang murah kalau nak dibandingkan dengan cara hidangannya...


Hmmmm...parking kereta memang sebelah bilik jer..kan senang..


Ok ni senarai harga bilik untuk korang buat sebagai rujukan..


Hubungi : Bukit Rumah Rehat Jalan Stesyen,

35000 Tapah, Perak Darul Ridzuan

Tel: + 605 - 4032981 / 982 Fax: +605 - 4032983

Email : drakular118@yahoo.com

Arah Tuju Ke Rumah Rehat Tapah



Isnin, 1 Jun 2015

Yours Family Hotel Chembong

Baru ni kami ada kerja di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Pedas Negeri Sembilan. Menggagau jugak la cari hotel yang berdekatan. Cari punya cari jumpa la hotel bajet ni. Ok la..kalau nak hotel selesa paling dekat Seremban lebih kurang dalam 35km. tapi kalau duduk hotel ni lebih kurang 10km. Hotel ni berada di Pekan Chembong berdekatan dengan Pekan Rembau. Makan pun senang sbb kat bawah ada kedai mamak, lagipun sebaris dengan hotel ni banyak kedai-kedai, ada pasaraya lagi, iaitu Pasaraya Zemart.





Pemandangan hadapan hotel

Hotel ni sebaris dengan kedai-kedai lain. Restoran mamak hanya di bawah hotel.

Ni bilik kami check in, kecik siot....



Ni tempat yang kami ingin pergi, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pedas
 Antara lokasi yang berhampiran dengan hotel ni ialah

1). Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja (depan hotel)
2) .Wet World Air Panas Pedas-3km
3). ILP Pedas-3km
4). Kolej Komuniti Rembau-6km

Contact dan arah jalan ke hotel klik disini

Maggi Ketam Relax Cafe

Pada penggemar Maggi Ketam, apa kata kita singgah ke Restoran Relax Cafe di Kampun Kutan Kota Bharu. Nak pegi sana senang je, kedai dia tepi jalan besar menuju Pasir Mas. Ok kalau yang tak biasa, Cari Tesco Kota Bharu yang tepi Sungai Kelantan tu, lintas sungai melalui Jambatan Sultan Yahya Petra ke arah Pasir Pekan. Sampai Bulatan Pasir Pekan, belok kiri (jam 9) ke arah Pasir Mas. Kalau dari bulatan tu. Lebih kurang dalam 5km dah sampai restoran tu, belah kanan....Maknanya kalau dari Tesco tadi rasanya tak sampai 10km kalau nak ke restoran tu..






Ni hadapan kedai.....tengok menarik....
 

Kat sebelah ada madrasah...jadi senang kalau nak cari kedai ni...hanya bersebelahan sahaja....datang masa mana pun senang kalau nak solat..
 

Kedai ni memang sentiasa penuh.....masa ni tak silap jam 6.30pm
 

Tengok pada alat2 ni macam nak buat rumah...hehehe...sebenarnya untuk godek ketam.....
 
Ok ni maggi Udang....ada 5 ekor....piewwwww.....
 
Amacam?.....ada bran.......
 

Ok makan minum dah ready...apa lagi...blasah laaaaaa.......

Bntang brape nak bagi ni: Bagi la 3 bintang



Alamat: Relax Cafe Maggi Ketam
Kg Kutan, Pasir Pekam
No Tel: 0139057253


Restoran Nasi Sumatera Hover Kota Bharu


 
 
Assalamualaikum....ok kalau sapa datang ke Kota Bharu dan teringin nak makan nasi Sumatera, bolehlah korang cuba makan di restoran ni. Restoran ni memang terkenal di sana dan sudah bertapak lama. Terkenal dengan jolokan nasi paku, (dorang bungkus nasi guna paku)


Pemandangan dari depan Restoran Hover, Siap ada makcik jual kacang2 lagi kat luar.....

 
 

Ha ni anika lauk yang kami order.......nampak tak ayam lampung goreng kat tengah tu....nyammmm....

 
 
 

Tengah ngadap.......tak Zabar!!!!!!...........

 
 

Biasanya bila kita duduk kat meja dan bagitau la lauk ape nak makam....kalau tak tau lauk ape nanti dorang ceduk je lauk yang biasa dorang hidang kat pelanggan hampir penuh meja dengan anika lauk. Awas kalau korang tak suka dengan lauk dorang hidang, jangan gatal nak cubit2 lauk tu nanti dorang kira.



Adress: Jalan Dato Pati, Kota Bharu
Tel: 097481439