Khamis, 23 Disember 2010

Sana Sini Bola Sekarang

Hari ni kawe nak sembang pasal bola pulak. Bukan apa kawe ni punya la semangat nak tengok bola, pagi-pagi lagi dah terpacak kat Stadium Bukit Jalil konon takut orang ramai duk bratur kang lambat pulak dapat tiket. Masa mula sampai stadium tu kawe tengok macam meriah jer sebab ramai giler orang pagi-pagi ni, tapi rupa-rupanya bukan ramai sebab orang nak beli tiket, orang ramai sebab nak naik bas dekat stesen Star LRT, wakakaka......ngong!!!!
Jadi bila kawe parking kete tu kawe pun jalan kaki la pegi cari kaunter tiket. Masa kawe jalan kaki tu ramai la tersenyum-senyum, kawe pun pelik jugak asal jalan sambil tersenyum, rupa-rupanya tersenyum sebab dah dapat tiket. Mak aih!!!!! punya la banyak sorang-sorang beli tiket. Dalam hati duk bisik.....habis la kali nie dapat ke tak tiket untuk kawe ni, lagi la laju langkah kawe jalan, dalam duk jalan laju tu sempat gak tengok kiri kanan, mana tau kut jumpa member-member yang sama fanatik ngan kawe ni, perghh!!!!!! terperanjat kawe.... awek cun tu.... bukan main banyak lagi dia beli tiket, lagi la cemas kawe... awek tu lagi pagi pada kawe datang beli tiket.
WooooWWW!!!!.....dari jauh lagi kawe tengok, sah tu kaunter tiket sbb memang ramai duk beratur nak beli tiket. Mintak la tiket tu ada lagi untuk kawe. Dalam duk beratur adalah sorang mamat ni baru datang, dia cakap penat jer aku duk beratur nak beli tiket RM50, kawe pun macam biasa la peramah la katakan, 'kenapa bro?' Tiket RM50 dah habis bang, kawe tengok la jam kat HP kawe, haih!!! dasyat jugak baru jam 11.15am tiket dah RM50 dah habis, betul bang kata mamat tu. Macam jual ubi kayu masa banjir jer lakunya....hahahhhh!!!!

Beratur punya la beratur, lagi selang sorang nak sampai tempat kawe, alih2 kawe dengar brother depan kawe mintak nak beli tiket 150 keping. Terbeliak biji mata kawe....banyak seh!!! kawe pun tak kesah la sbb mamat tu memang penyokong Malaysia pun, jangan pulak beli banyak2 pastu jual plak kat orang lain dengan harga yang mahal. Tapi yang kawe kesahnya tu, bila tiket sebanyak tu maka tukang jual tiket la nak kena kira satu2 tiket tu. bila kira satu2 tiket tu, lambat la bahagian kawe nak dapat. Dah tu nak kena kira duit pulak, 150 keping korang kali la denga RM30. Penat jugak la kawe duk menunggu. Rasa macam nak penyepak jer rasa.... asal tak sediakan mesin kira duit? kan cepat....aduyaii!!!!!Kawe pulak nak kena beli kat kaunter sebelah, nasib baik brother kaunter sebelah sporting. Senyum lebar la kawe bila dapat tiket tu....bila kawe nak balik tu sempat lagi kawe beli baju jersi Malaysia, heheheheh fenatik la katakan.... Harap Malaysia boleh menang la Piala AFF Suzuki tahun ni...

Malaysia boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....


Selasa, 21 Disember 2010

CARA NAK JIMAT BATTERY FLASH KAMERA

Salam semua......ari ni kawe ingat nak bagi tip fasal flash lah pulak....asyik duk blajar loghat klate jerkan bebelit plak lidah tu. Ini untuk siapa2 yang pakai Xternal Flash jer, bukan pada yang pakai internal flash atau Compact kamera. Yang tu semua sorry la ye....

Selalunya korang kalau pakai Xternal Flash mesti letak autokan? Contoh ETTL atau ATTL, pastu set kat body letak P, TV atau AV. Alahhhh!!! buat apa nak pikir, teknologi orang dah bagi...bantai je la auto, betul tak?. haiih!!! Memang, mana yang mudah hentam jela. Nak2 dapat bergaya dengan dslr...perghhhhh!!! jangan jeles......:P

Sebenarnya kalau kita set manual flash lagi bagus, bateri pun banyak jimat dan dalam masa yang sama dapat menghalang kamera daripada membaca latarbelakang yang putih. Kalau flash kita setkan pada auto dan body kamera juga pada auto....biasanya kamera tidak dapat membaca imej yang berlatar belakangkan putih, jadi imej yang kita rakam akan jadi gelap...hmmm...kalau ada siapa yang pernah kena tu nasib la...gelap la imej korang tu..ekekekeeee.......

Ubah sikit la perangai korang yg suka bergantung pada auto tu...cuba set kat flash jadi M 1/2, M 1/4, M 1/8, M 1/16 dan seterusnya. Kalau body plak, set manual, dan ISO set setinggi mana yang boleh set. Korang kena la tengok jugak tahap pecahan pada gambar tu ...jangan plak iso korang boleh sampai 12000 korang bantai 12000, pecah la gambar korang. Macam kamera kawe iso 12000 lebih, so kawe up iso pada body kamera kawe sampai 3000. Jadi cahaya yang keluar pada flash boleh dikurangkan sebab kawe set M 1/128. Hmmm...bateri flash pun akan jimat cermat.....
Amacam? ada bran?...............
* Ingat!!!yang paling penting kat sini body dan flash mesti set pada mode menual.

Isnin, 20 Disember 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 10)

1). Kube Lana = Bersepah-sepah.
2). Belana Kona = Berlambak.
3). Belana-lana = Berlambak-lambak.
4). Burong Leba = Burung Gemala Kerbau.
5). Boyo = Buaya.
6). Ngecik = Terpercik.
7). Koho = Perlahan.
8). Toho = Cetek.
9). Ngessik = Gemersik.
10). Glewaq = Menyibuk, Berpusu-pusu.

Khamis, 9 Disember 2010

Kepala Teleng

Salam......Hari nie kawe nak criter fasal leher kawe......
Boleh ke dalam duk tengok tv tiba2 leher kawe sakit macam sakit salah bantal.
Yang peliknya...belum tidur pun lagi, tapi dah salah bantal. Kepala kawe nak pusing kanan pun tak bleh. Jadi apa lagi kawe amik minyak la suruh tukang urut kawe urutkan. Biasalah dah guna tukang urut pro, kira sambil urut sambil tengok CSI pun jadi lah. Kawe pun, ok2!!! yang kat situ yang rasa sakit, lagi la di tambah picitnya...kawe pun sedap la jugak rasanya bila dipicit.
Mula tu memang la sakit belah kanan...dan yang diurut pun belah kanan, tapi bila dah mengurut sambil tengok CSI, dan kawe pun sibuk tengok CSI jugok, maka tak prasan la tangan tiba2 mengurut leher yang belah kiri pulak. Kawe pun dah sedap diurut, kawe biar jelah.......bila dah lama duk mengurut baru prasan....Eh!!!!! bukan yang kiri yang kanan laaaaaaaa........
Bilo selesai mengurut tu...leher masih lagi rasa sakit, kawe pun amik keputusan nak tidur la memandangkan malam pun dah larut, mato pun tak larat nak celik dah......
Hmmmmm!!!!!!! amik kau, dari sakit belah kanan...bangun pagi dua2 belah leher jadi sakit....AAAAAAdoiiiiii!!!!!!!! macam mana nie....dah la kawesore jah keje ari nie....nak MC takder orang nak replace plak...so kawe g keje kira jalan macam robot la hari nieeeeeee........
Huhhhhhh!!!!!kena lak mengurut dengan tukang urut yang suka tengok CSI...Cantikkkkkkk!!!! aku jadi macam robot hari nieeee.....
* Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam!!!!!!!,
Lagu Jalil Hamid*

Selasa, 7 Disember 2010

Adakah Anda Percaya Alexander itu ZulQarnain?

Kawe saja nak kongsi cerita ni,,,kalau sapa sudi baca lah.....

Alexander itu Zulqarnain, betul ker? ok mula2 kita cari hujung pangkal dulu. mungkin kita dapat jawapan.
Iskandar kalau dalam bahasa Arab ialah Alexander. 'al' tu digunakan bagi nama tempat kalau dalam bahasa Arab. Contoh:.... al-misri (Mesir), al-Quds (Jeruselam) dan juga al-Masih (gelaran bagi Nabi Isa).
Nama Iskandar lak kalau dalam bahasa Yunani adalah Alexander atau Alexandros. Jadi kalau kita suaikan dalam bahasa Arab, Kita buang 'al' tinggallah Exander dan disebut sebagai 'Iskandar'. Manakala dalam bahasa Parsi atau India ia disebut sebagai Srikandar.
Iskandar mempunyai gelaran iaitu ZulQarnain. ZulQarnain bermaksud 'pemilik dua tanduk' atau 'raja dengan dua tanduk'.
Tanduk merujuk kepada raja yang memerintah pada zaman itu, iaitu dengan memakai mahkota yang mempunyai tanduk. Kalau kita tengok pada zaman pemerintahan Firaun. kebanyakkan Firaun pada zaman dahulu memakai mahkota dengan berkepala ular.
Mahkota yang Alexender pakai mempunyai dua tanduk, iaitu tanduk kambing.
Maka tidak syak lagi Alexender adalah ZulQarnain. iaitu Alexender yang mempunyai dua tanduk. Atau Iskandar ZulQarnain.
Alexander adalah anak kepada Raja Phillip dari Macedonia. Beberapa pendapat yang menyatakan Zulqarnain adalah Alexander the Great dari Macedonia. Imam as-Tsa'labi berkata, kebanyakan sejarawan berpendapat Zulkainain adalah Iskandar bin Philips bin Hermes bin Hardos bin Monton bin Rumi bin Latin bin Yunan bin Yafits. Nasabnya dikatakan berakhir pada al-Aidh bin Ishaq bin Ibrahim Khalil ar-Rahman.
Hmmm...macam mana? boleh percaya tak?
Korang bolehlah buat rujukan dengan membaca buku 'Alexander Adalah Zulqarnain' yang di tulis oleh Muhammad Alexander.

Isnin, 6 Disember 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 9)

1). Grepu = Garfu.
2). Buboh = Masukkan.
3). Loteng = Tingkat atas.
4). Gletah = Gatal, Menggatal.
5). Brapo = Berapa.
6). Kemah Tuming = Tutup tersangat kemas.
7). Bedooh = Melampau.
8). Lingow = Telinga.
9). Khenyik mato = Kenyit mata.
10). Kok = ikut

Sabtu, 4 Disember 2010

Ari nie sabtu....

Salam....Hari nie Matpen bagun pagi sikit la walaupun hari Sabtu...kalau orang lain tak tau la boleh bangun pagi ke tak...alah biasa la kan off hujung minggu nie..pantang la kalau tak keje...bedengkur la jawab nya...

Hati masih lagi degil, dah tau nak bangun pagi, malam tu masih lagi tidur lewat. haaa kan mula la nak bangun cukup punya susah. Azan subuh macam ada orang duk bisik kat telinga...bangun2 cepat solat. Sebenarnya surau sebelah rumah jer...tu yang cepat sedar kalau dah subuh....Hai tak tau la kalau surau jauh dari rumah...agak2 sedar tak? ekekekekeeee....insyaallah!!!!.

Ni sebenarnya bangun pagi lagi buat apa? apa la Matpen nie meleret ntah kemana!!!
Haks!!!! sorry2 weh...aloh la....kawe kena bangun pagi sbb nak pergi tengok anak bongsu kawe tu...dia ada konsert. Cewah!!!! konsert? biar betul....ye betul lah...napa tak caya? alah biasa lah kalau budak kecik konsert hujung tahun nie apa lagi....konsert tadika la....

Anak tu laki....Hmmm!!!! mamat tu pun macam bapak dia lah....liat nak bangun!!!!malam tidur lewat...kalau dikejut bukan main marah lagi....terperanjat kawe kena marah.....alahai bongsu......
Dengan bangga lak tu kesorangan lelaki kat situ...... ada love2 lagi..haihhh!!!

Jumaat, 3 Disember 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 8)

Salam!!! hari nie hari Jumaat....dah tentunya kena solat jumaat. Alhamdulillah masih solat jumaat macam hari jumaat yang lepas. Ari nie Matpen pegi solat jumaat dengan haikal...macam biasa lah kroni Red Warriors...Apa lagi Bantai cakap klantan la.......
Kami pantang jumpa mesti cakap kelantan...
Kat sini adalah contoh perbualan antara kami sebentar tadi:

Matpen: Panah molek haghi ni gu. (huih!! panas hari ni weh)
Haikal: Nok ujey kok. (nak hujan kot)
Matpen: Panah Ketok. (Panas macam ayam berkokok)
Haikal: Dok, Panah Nenggaa (Tak, panas macam terpegang periuk panas)
Matpen: Wakakakka, Panah Kelik (panas macam berdiri ditengah padang)
Haikal: Panah Nyengat (panas yang mencucuk)

Tu lah antara sedutan perbualan kami selepas solat jumaat tadi....

Jumaat, 12 November 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 7)

1). Brona = Buat Hal
2). Jolo = Ya
3). Gere = Geram
4). Tohor = Cetek
5). Belengah = Melekit
6). Bedil = Tembak
7). Naung = Meraung
8). Jalei = Jalan
9). Puok = Geng, Kumpulan
10). Bowok = Bawa

Rabu, 10 Mac 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 6)

1). T'EPIK = MENJERIT SEKUAT HATI. (SIAPA YANG T'EPIK)
Contoh ayat Klate = Sapo dio t'epik kuat tuh?
Keterangan = Siapa yang menjerit Sekuat hati tu?

2). SUPIK = PLASTIK BEG ( ADA SUPIK TAK?)
Contoh ayat Klate = Mintok supik soo.
Keterangan = Mintak plastik beg satu.

3). TUBIK = KELUAR (DIA TUBIK DAH)
Contoh ayat Klate = Pok Mak baghu jah tubik sakni.
Keterangan = Pak Mat Baru Jer Keluar.

4) KELIK = BALIK ( BARU JE KELIK)
Contoh ayat Klate = Jali kelik bilo Mokcik.
Keterangan = Jali bila balik makcik.

5) KETIK = GIGIT (DI KETIK)
Contok ayat Klate = Habih meghoh lenge keno ketik n'yamok!!!.
Keterangan = Habis Merah Lengan kena gigit nyamok!!!

Rabu, 3 Mac 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 5)

1) BE-DO-OH (BEDO'OH) = BERSUNGGUH-SUNGGUH, KETERLALUAN (BERSUNGGUH MAKEY)
Contoh ayat Klate = bedo'oh molek demo kechek.
Keterangan = Bersungguh-sungguh engkau bercakap.

2) GELENYA = MENGGATAL, GATAL (GELENYA MINAH TU)
Contoh ayat klate = memey gelenya tino tu kawe tengok.
Keterangan = Memang gatal minah tu aku tengok.

3) KOTUBEY = KAPAL TERBANG (NAIK KOTUBEY)
Contoh ayat klate = Demo balik kapong naik kotubey ko?
Keterangan = Engkau balik kampung dengan kapal terbang ker?

4)LOKLAQ = TAK MENETU, TAK BERHATI-HATI
Contoh ayat klate = guano demo bowok keto loklaq molek kawe tengok.
Keterangan = Kenapa engkau bawak kereta tak menetu aku tengok.

5) BASSO = MALAS, TAK MAU, TAK MAU PEDULI ( BASSO AKU)
Contoh ayat klate = Basso akuh ikut mung.
Keterangan = Malas aku ikut engkau.

6) BASO = JENIS APA, APA NAMA ( BASO APA NIH )
Contoh ayat klate = baso begapo oyak tok dengar nih.
Keterangan = Jenis apa cakap tak dengar ni.

Rabu, 24 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 4)

1) AWO-AWO = SIKIT- SIKIT, LEBIH KURANG (Panas awo-awo)

Contoh ayat Klate = Aircond dale bilik ni ghaso awo-awo jah, guano heh?
Keterangan = Aircond dalam bilik ni rasa lebih kurang je, kenapa ek?

2) Bekwoh = Kenduri (Pergi bekwoh)

Contoh ayat Klate = Kawe anok beranok gi bekwoh takdi.
Keterangan = Saya dan keluarga pergi kenduri tadi.

3) Talla = Tertangguh (kerja tak talla)

Contoh ayat klate = Khijo kawe tok ajin talla.
Keterangan= Kerja aku tak pernah tertangguh.

4) Pekdoh = Faedah (tiada pekdoh)

Contoh ayat Klate = Budok-budok tu duk mlepok tak dok pekdoh sunggoh
Keterangan = Budak-budak tu melepak tiada faedah langsung.

5) Stemek = Setakat, Limit, tetapkan (dia stemek)

Contoh ayat Klate= Dio stemek rm250 jah duit.
Keterangan= Dia tetapkan RM250 jer duit.

Ahad, 21 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 3)

1) TOK = TAK

2) BULEH = BOLEH

3) GHAPO = APA DIA

4) NOK = NAK

5) HOK NI = YANG NI

6) HOK TU = YANG TU

7) KEMAH = KEMAS

8) DOK = TAK

9) MANO = MANA

10) GI MANO = PERGI MANA

11) KAWE = AKU, SAYA

12) DIO = DIA

13) DEMO = MU, KAU, ENGKAU

14) COMEY = COMEL

15) KATOK = KETUK

Sabtu, 20 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KLATE (PART 2)

1). TOK WI = TAK BAGI (dah mintak tapi tok wi)

Contoh ayat klate = Kawe mintok doh tapi dio tok wi
Keterangan = Aku dah minta tapi dia tak bagi

2). TOK LEH = TAK BOLEH (Tok leh buat)

Contoh ayat klate= Kawe tra buak doh tapi tok leh
Keterangan= Aku dah cuba buat tapi tak boleh

3) TOK SEY = TAK MAHU, TAK NAK (dah bagi tapi tok sey)

Contoh ayat klate= Kawe bui doh tapi dio tok sey
Keterangan= Aku dah bagi tapi dia tak mahu.

4) GETEK atau ETEK = JUGA, JUGAK (Nak getek)

Contoh ayat klate= Kawe nok getek
Keterangan= Aku nak juga

5) TIOK = MENANGIS (kenapa asyik tiok je)

Contoh ayat klate= Bakpo duk tiok sokmo budok nih.
Keterangan= Kenapa asyik menangis je budak ni

Jumaat, 19 Februari 2010

MARI BELAJAR LOGHAT KELATE (PART 1)

1) KUKAH-KUKAH = Tahu-tahu, perbuatan, merujuk kepada tingkah laku.

Contoh ayat Klate= Kukah-kukah duk atah pokok.
Keterangan = Tahu-tahu je naik atas pokok.

Contohdari segi perbuatan dalam ayat Klate= Kukah-kukah tok dok diye.
Keterangan= Seseorang itu tidak berada dalam keadaan selesa dari segi tingkah laku.

2) Mugo= Merujuk kepada binatang yang tidak di ketahui nama,

Contoh ayat Klate= Keno makey Mugo. (dimakan oleh mugo)
Keterangan = Dimakan oleh binatang, tetapi nama binatang itu tidak di ketahui.

3) Tok Ketek= Senyap sunyi.

Contoh ayat Klate= Guano demo senyak tok ketek (kenapa senyap tok ketek)
Keterangan= Pertanyaan dari anda kepada kawan anda ' kenapa engkau senyap sunyi'

Selasa, 16 Februari 2010

Zaman dulu2 ikbn peretak 1/97







Hohohooooo....ni gambar2 aku masa belajar kat IKBN Peretak Kuala Kubu Baru 1/97. masa ni kalau tak salah kami pergi rombongan ke melaka........Muda sehhhhhh.......

13,14 dan 15 (PD)

Tarikh Raya Cina tu, aku pegi bercuti bersama keluarga belah Johor ke Tiara Beach Resort PD, ok la.....tapi dah masuk dua kali...tahun lepas pun kat situ....sabar jer aku....depa suka betul p sana....aku ikut jerlah...aku tak kesah pun, pesalahnya setahun sekali..

Ahad, 7 Februari 2010

RUMAH REHAT DI KOTA BHARU











Kalau ada siapa yang ingin melancong ke, ada urusan ker...apa2 lah.....boleh lah menyewa di rumah kakak aku nie.....selesa weh.....7 ke 10 minit ke kb dan airport, .....Call -019-9128146 (Abg Lie)

Sabtu, 6 Februari 2010

Salam Perkenalan....


Matpen adalah satu nama yang unik....Matpen adalah satu gabungan nama ku yang asal iaitu Mat Apendi.
Dari situ rakan taulan memanggil nama ku Matpen dan aku tak kesah pun.
Walaupun nama ku sekarang Muhammad Afendi aku sedikit pun tak kesah dengan panggilan Matpen.
Thank u Ayah.....