Isnin, 14 Disember 2015

Restoran Mamak Di Genting Highland

Kepada sesiapa yang bercuti ke Genting Highland kalau terasa nak makan roti canai dan teh tarik mamak, korang boleh cari kat sana ada dua kedai mamak yang meniaga kat atas sana dengan harga yang sama kat kedai mamak kat tempat-tempat lain.

Kat atas sana biasa lah harga makanan memang cekik darahkan, lagipun nak cari makanan yang halal susah sikit.

Jadi apa lagi bila tahu ada kedai mamak yang jual dengan harga biasa, terus je cari kedai tu.

Untuk pengetahuan korang semua, kedai mamak ni memang susah nak cari sebab tersorok dari pandangan orang ramai. Satu ada di Hotel Theme Park satu lagi ada di ruang parking kereta bawah stesen Skyway.

Kalau korang nak pergi yang belah Theme Park Hotel korang kena pegi belah belakang hotel, jumpa tangga dan turun ke bawah, nanti jumpa pintu belah kiri. masuk situ nanti jumpa tempat staff berdobi pakaian, kedai tu sebelah jer. kalau tak tahu tanya polis bantuan situ, sbb kami tanya polis bantuan hari tu masa mencari. Kalau belah Skyway, korang cari stesen Skyway kat sana dan cari lift kat stesen tu, pergi ke tingkat 2, sampai sana boleh terus ke kedai mamak. Kalau tak tahu tanya polis bantuan gak. (yang kat Skyway ni kami tak pernah pergi, arah ni berpandukan oleh polis bantuan yang kami tanya).


Roti canai kami borong, ada bermacam makanan lagi, korang oder je. Biasala kedai mamak ni macam-macam ada.


Ngeh!!!!!!!......jangan lupa tapau air....

SELAMAT MENCARI YA SEMUA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan