Sabtu, 12 Disember 2015

Lexis Hibiscus PD

Alhamdulillah rezeki Allah Taala limpahkan pada kami sekeluarga tahun ni, dapat la jejak kaki ke tempat peranginan ni. Memang cantik habaq hang, padan la dengan harga sewa bilik. Untuk pengetahuan korang seme, Lexis Hibiscus ni adalah adik beradik dengan Grand Lexis yang juga terdapat di PD, Cuma yang ni menarik sikit kerana rekaan tempat ni kalau dilihat dari atas berbentuk sekuntum Bunga Raya (Hibiscus).

Kalau korang ada bajet lebih boleh la datang sini bawak anak beranak.


Pandangan dari atas....cantikkan?..bertuah kalau aku amik sendiri gambar ni...(Pic LHibiscus)

Ni kira logo hotel la...
 
Ni amik dari dalam waktu pagi...kebetulan bilik kami menghadap matahari naik.....
 
Ni pun waktu pagi masa matahari naik...Omel ngat!!!!!!
 
Pemandangan chalet atas laut dari tingkat 8 bangunan utama waktu siang....huhhh!!!!meme cantik...Korang mandi bogel boleh nampak dari sini, kikikiii....
 
Ni pulak pemandangan chalet atas laut dari tingkat 8 bangunan utama waktu malam....lagi santekkkkkkk!!!!!



Jalan menghala ke bangunan utama....kiranya ni kat batang bunga la kalau dari atas...
 
 
Ni deretan bilik tunggu korang check in...
 
 
Setiap bilik ada kolam mandi....macam balang ikan plak....

 
Basikal untuk korang sewa sebagai riadah...RM10 1/2jam...
 
Nak mandi pantai pun boleh...ada Banana boat lagi....
 
 
Bilik dua katil kelamin dan dua sofa.....

Nombor bilik kami

Yabedabeduuuuuuuuu!!kolam Grand Lexis lagi besar...


Sambil mandi leh sauna....!!!!!

Macam Grand Lexis lantai tembus ke bawah tengok jerung....heheheee.....

Setiap bilik dapat complimentary ni dan juga segala macam air yang ada dalam peti sejuk mini, free nak minum....ok la.....

Kalau korang rasa nak perabih duit bercuti kat sini, mai la......

12th mile, Jalan Pantai,
71250 Pasir Panjang, Negeri Smbilan,
Malaysia.

Tel: +606-6602626





 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan