Khamis, 23 Disember 2010

Sana Sini Bola Sekarang

Hari ni kawe nak sembang pasal bola pulak. Bukan apa kawe ni punya la semangat nak tengok bola, pagi-pagi lagi dah terpacak kat Stadium Bukit Jalil konon takut orang ramai duk bratur kang lambat pulak dapat tiket. Masa mula sampai stadium tu kawe tengok macam meriah jer sebab ramai giler orang pagi-pagi ni, tapi rupa-rupanya bukan ramai sebab orang nak beli tiket, orang ramai sebab nak naik bas dekat stesen Star LRT, wakakaka......ngong!!!!
Jadi bila kawe parking kete tu kawe pun jalan kaki la pegi cari kaunter tiket. Masa kawe jalan kaki tu ramai la tersenyum-senyum, kawe pun pelik jugak asal jalan sambil tersenyum, rupa-rupanya tersenyum sebab dah dapat tiket. Mak aih!!!!! punya la banyak sorang-sorang beli tiket. Dalam hati duk bisik.....habis la kali nie dapat ke tak tiket untuk kawe ni, lagi la laju langkah kawe jalan, dalam duk jalan laju tu sempat gak tengok kiri kanan, mana tau kut jumpa member-member yang sama fanatik ngan kawe ni, perghh!!!!!! terperanjat kawe.... awek cun tu.... bukan main banyak lagi dia beli tiket, lagi la cemas kawe... awek tu lagi pagi pada kawe datang beli tiket.
WooooWWW!!!!.....dari jauh lagi kawe tengok, sah tu kaunter tiket sbb memang ramai duk beratur nak beli tiket. Mintak la tiket tu ada lagi untuk kawe. Dalam duk beratur adalah sorang mamat ni baru datang, dia cakap penat jer aku duk beratur nak beli tiket RM50, kawe pun macam biasa la peramah la katakan, 'kenapa bro?' Tiket RM50 dah habis bang, kawe tengok la jam kat HP kawe, haih!!! dasyat jugak baru jam 11.15am tiket dah RM50 dah habis, betul bang kata mamat tu. Macam jual ubi kayu masa banjir jer lakunya....hahahhhh!!!!

Beratur punya la beratur, lagi selang sorang nak sampai tempat kawe, alih2 kawe dengar brother depan kawe mintak nak beli tiket 150 keping. Terbeliak biji mata kawe....banyak seh!!! kawe pun tak kesah la sbb mamat tu memang penyokong Malaysia pun, jangan pulak beli banyak2 pastu jual plak kat orang lain dengan harga yang mahal. Tapi yang kawe kesahnya tu, bila tiket sebanyak tu maka tukang jual tiket la nak kena kira satu2 tiket tu. bila kira satu2 tiket tu, lambat la bahagian kawe nak dapat. Dah tu nak kena kira duit pulak, 150 keping korang kali la denga RM30. Penat jugak la kawe duk menunggu. Rasa macam nak penyepak jer rasa.... asal tak sediakan mesin kira duit? kan cepat....aduyaii!!!!!Kawe pulak nak kena beli kat kaunter sebelah, nasib baik brother kaunter sebelah sporting. Senyum lebar la kawe bila dapat tiket tu....bila kawe nak balik tu sempat lagi kawe beli baju jersi Malaysia, heheheheh fenatik la katakan.... Harap Malaysia boleh menang la Piala AFF Suzuki tahun ni...

Malaysia boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan