Selasa, 21 Disember 2010

CARA NAK JIMAT BATTERY FLASH KAMERA

Salam semua......ari ni kawe ingat nak bagi tip fasal flash lah pulak....asyik duk blajar loghat klate jerkan bebelit plak lidah tu. Ini untuk siapa2 yang pakai Xternal Flash jer, bukan pada yang pakai internal flash atau Compact kamera. Yang tu semua sorry la ye....

Selalunya korang kalau pakai Xternal Flash mesti letak autokan? Contoh ETTL atau ATTL, pastu set kat body letak P, TV atau AV. Alahhhh!!! buat apa nak pikir, teknologi orang dah bagi...bantai je la auto, betul tak?. haiih!!! Memang, mana yang mudah hentam jela. Nak2 dapat bergaya dengan dslr...perghhhhh!!! jangan jeles......:P

Sebenarnya kalau kita set manual flash lagi bagus, bateri pun banyak jimat dan dalam masa yang sama dapat menghalang kamera daripada membaca latarbelakang yang putih. Kalau flash kita setkan pada auto dan body kamera juga pada auto....biasanya kamera tidak dapat membaca imej yang berlatar belakangkan putih, jadi imej yang kita rakam akan jadi gelap...hmmm...kalau ada siapa yang pernah kena tu nasib la...gelap la imej korang tu..ekekekeeee.......

Ubah sikit la perangai korang yg suka bergantung pada auto tu...cuba set kat flash jadi M 1/2, M 1/4, M 1/8, M 1/16 dan seterusnya. Kalau body plak, set manual, dan ISO set setinggi mana yang boleh set. Korang kena la tengok jugak tahap pecahan pada gambar tu ...jangan plak iso korang boleh sampai 12000 korang bantai 12000, pecah la gambar korang. Macam kamera kawe iso 12000 lebih, so kawe up iso pada body kamera kawe sampai 3000. Jadi cahaya yang keluar pada flash boleh dikurangkan sebab kawe set M 1/128. Hmmm...bateri flash pun akan jimat cermat.....
Amacam? ada bran?...............
* Ingat!!!yang paling penting kat sini body dan flash mesti set pada mode menual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan